:: WHAT IS HONEY? ::

Friday 11 March 2011

KHASIAT MADU [3]

Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya, madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.

Terdapat empat perbezaan madu lebah asli dan madu lebah tiruan . Antaranya ialah :

  • Madu lebah campuran mengandungi kandungan gula sukrosa yang rendah .
  • Madu lebah sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu .
  • Sukar untuk membezakan antara madu lebah asli dan madu lebah tiruan melainkan menerusi ujian makmal .
  • Bagi mereka yang biasa makan madu lebah asli, dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu lebah tiruan.
 

KHASIAT MADU [2]

Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya.  Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:


- Asma
- Haid
- Resdung
- Alahan
- Jerawat
- Rambut gugur
- Barah 
- Letih 
- Sakit kepala
- Buasir
- Lendir kahak
- Sakit pinggang
- Batuk kering 
- Lemah jantung
- Sakit sendi
- Batuk 
- Mata 
- Sukar tidur
- Darah Tinggi 
- Pening
- Gastrik
- Penyeri muka 




Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:


• Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
• Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
• Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
• Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
• Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
• Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
• Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
• Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
• Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus

BAGAIMANA UNTUK MENGUJI KEASLIAN LEBAH?

Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu lebah samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut:


• Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah.


• Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.

• Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.


• Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.


• Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.